itu je yang selalu bermain dalam kepala dan mindaku tatkala aku di uji
tambah-tambah kalau ada kena mengena dengan 'si dia'...(oh..sensitif sangat ke saya??
malam ni sekali lagi saya berduka cita lara jiwa hati semua sakit pedih berkecai badai semua-semua lah...huhu...
saya tunggu si dia lama ye....call++-tak berjawab-terlelap-terbangun-tengok tepon-takde msj or misscall-call++ lagi-terlelap-terjaga-tengok hp lagi-takde ape2 juga...oke-makan-toilet-call++ -tak jawab-oke-sembahyang dulu-call++-tak jawab-tertido-terbangun-call-JAWAB(yeay!!hatiku bersorak gumbira)
dapatlah saya melepaskan rindu dan hilang penat menunggu dari tadi tapi sesuatu yang terjadi sekarang telah membuatkan saya sedikit terkilan...saya memang tengah on phone dengan 'si dia' tapi hakikatnya dia sibuk dengan kawan-kawannya lagi...jadi saya pun bukak la blog ni nak ngadu kat blog sambil sebelah tangan lagi memegang handphone...uwaaa....boleh tak nak tanya...SAYA NI WUJUD KE TIDAK????(saya macam orang kaya call semata-mata cuma nak dengar suara dia dan kawan-kawannya...dan saya diam je...
oke...saya seorang yang tak suka taip mesej kat handphone(nasib la sape yang tak dibalas mesej oleh saye..huhu) tapi dengan seorang 'si dia' ni saje lah saya jadi seorang penaip mesej yang cekap...haha
saya bila dah mesej tu maknanya saya suka orang itu..jadi sudah pasti lah saya sangat berharap dan ternanti-nanti
seingat saya waktu awal-awal dia nak ngorat saya dulu ada la dia balas mesej saya...hurm...
sekarang kalau saya merungut dia tak balas mesej adelah dia berubah jadi pembalas mesej...tu pun kejap je..dua tiga mesej je ilang kembali...hahaha...(at least u dah try to make me happy..thanx sayang)
jadi saya buat kesimpulan kat sini yang
1-mungkin dia seorang yang macam saya iaitu tidak suka taip mesej tapi versi tak pilih kasih...orang tu dia suka ke tak suka ke...dia layan sama rata...(tapi aku tengok kawan lelaki/perempuan dia mesej laju je balas...mungkin mesej mereka berkualiti dan bukan mesej mengarut dari aku)
2-dia hanya akan bersedia untuk membuang masa bercakap benda2 tak berfaedah dengan saya ketika matanya dah mula ada gam...hahaha...(kira saya insan terpilih la)
3-saya tak akan mengadu lagi pada dia...biar lah rahsia bak kata Dato' Siti lagi..hehe
(kalau dulu sesakit mana pun saya boleh tanggung sorang2 kenapa sekarang saya perlu menyemakkan telinga 'si dia' untuk mendengar rintih tangis saya kan??
4-saya akan sentiasa menyokong 'si dia' dan menyayangi 'si dia' sehingga akhir hayat saya InsyaAllah...kerana saya tahu sesakit mana pun saya dengan perangai 'si dia'...bukanlah niat dirinya untuk menjatuhkan air mata saya...cuma mungkin saya yang terlalu sensitif..huhu
5-'si dia' adalah yang terbaik bagi saya kerana sepanjang perhubungan ini bukan saya sahaja yang disakiti tapi saya juga menyakiti
sekian...biar sakit menyakiti jangan sebelah pihak je yang sakit... ;p

0 comments:
Post a Comment